Khamis, 29 September 2011

Teknologi maklumat dalam pendidikan

Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) Bagi
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua (Elektif Pilihan Teknikal)
Lukisan Teknik Bertajuk Hamparan
Hanim Binti Sulaiman & Rosman Bin Muhammad
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak :  Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer merupakan alat Bantu
mengajar yang amat berkesan. Namun begitu perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu
komputer bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup  khususnya bagi tajuk elektif lukisan teknik
hamparan amat kurang pada masa kini. Pembelajaran menggunakan PPBK adalah bertujuan
untuk memudahkan proses pembelajaran dan mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran
yang menyeronokkan. Oleh yang demikian, projek ini bertujuan membangunkan perisian
pengajaran dan pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Elektif Pilihan Teknikal bertajuk  Lukisan Teknik Hamparan berdasarkan teori
pembelajaran konstruktivisme. Perisian  ini dibangunkan menggunakan pelbagai perisian
Autoware 7.0, dibantu dengan pelbagai perisian sokongan seperti Macromedia Flash 8.0,
Autocad 2005, Sound Forge 7, Swishmax 2007 dan Adobe Photoshop CS . Isi kandungan
perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan dua
dan buku teks KBSM. Kandungan pelajaran yang dipilih ialah konsep lukisan teknik hamparan,
jenis, kaedah lukisan selari dan jejari. Perisian ini juga menerapkan konsep pembelajaran kendiri
untuk memberi peluang kepada pelajar persekitaran yang menyeronokkan.

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PPBK), lukisan teknik, hamparan

Pengenalan
  Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin berkembang maju dan salah satunya
adalah penyediaan MSC  (Multimedia Super Coridor). Ia merupakan suatu projek teknologi
maklumat yang penting kepada Malaysia untuk meningkatkan seterusnya menjadikan taraf
ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat,  peningkatan sains dan teknologi, peningkatan
perdagangan antarabangsa dan pentadbiran bersifat lebih bersistematik dan efisyen.
  Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan perkembangan teknologi
masa kini. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional lebih menekankan kepada pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan guru perlu diubah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar
dimana pelajar berpeluang melibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  Untuk merealisasikan salah satu teori pedagogi dalam pendidikan iaitu guru bertindak
sebagai fasilitator kepada murid-murid, pembelajaran berpandukan komputer (PBK) telah
dikenalpasti sebagai bahan yang dapat membantu guru di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) memberikan pengetahuan  dan pengalaman mereka dalam subjek yang
mereka ikuti.

Penyataan Masalah
  Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran  dahulu, kebanyakan para guru
lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu menggunakan kaedah “Chalk and Talk”
di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana
kaedah ini mudah dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut.
Namun begitu, bagi pelajar suasana pembelajaran sebegini membuat mereka bosan dan jemu
kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru sahaja yang mengemukakan
kandungan dan pelajar hanya mendengar serta suasananya yang statik dan sama pada setiap sesi
pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajarpelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran
itu berkurangan. Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran
yang mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  Mata pelajaran Lukisan Teknik merupakan mata pelajaran Elektif Kemahiran Teknikal
yang ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah tingkatan dua. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran lukisan teknik kurang berkesan disebabkan oleh kekurangan media pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran teknikal. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer untuk
mata pelajaran lukisan teknik boleh menghasilkan pembelajaran yang efektif. Terdapat fakta
telah membuktikan bahawa pelajar menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat
berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang
mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus  daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh
sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang
tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh  menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri.
Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses
penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah  mengapa ia dipilih sebagai agen membantu
Pengurusan P&P dalam bilik darjah.
  Sebab kedua pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lukisan teknik kurang berkesan
adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga  pengajar dalam bidang teknikal. Kekurang guru
menyebabkan pelajar kurang mendapat tumpuan semasa proses pembelajaran. Selain itu, sistem
pembelajaran masa kini di mana seorang guru bagi tiga puluh pelajar akan membantutkan
perjalanan kelas jika pelajar tidak memahami langkah kerja yang menyebabkan mereka tidak
dapat meneruskan penghasilan lukisan sehinggalah dibantu oleh guru.
  Selain itu, kebolehan berbeza yang ada pada pelajar menyebabkan penerangan oleh guru
hanya dapat dimanfaatkan oleh segelintir pelajar. Bagi pelajar yang yang kurang memahami
penerangan yang diberikan, menyebabkan mereka kurang mendapat peluang untuk mengulangi
langkah kerja lukisan yang mereka pelajari.
  Berdasarkan permasaalahan tersebut, media pembangunan perisian untuk mata pelajaran
lukisan teknik amat diperlukan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran untuk
pelajar tingkatan dua. Media perisian interaktif PPBK membolehkan  pelajar mempelajari
pembelajaran mereka secara langkah demi langkah mengikut kebolehan mereka. Bagi pelajar
yang menggunakan multimedialebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan
penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan
berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur dan perisian menjadi sangat berguna kepada
pelajar. Sesuatu media pengajaran yang dibina  berperanan untuk membantu pelajar memahami
dan menguasai konsep, aspek dan subjek tersebut dengan lebih jelas supaya dapat membuka
minda pelajar kearah pemikiran mendalam melalui pembelajaran secara interaktif. Bagi
perancang media perisian PPBK perlu mendalami bentuk pembelajaran agar perisian PPBK yang
dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.
  Pembangunan perisian yang dibina diharap setanding dengan media perisian PPBK yang
berada dipasaran masa kini. Bagi memastikan pembangunan perisian ini berfungsi dan boleh
digunakan oleh pelajar, satu penilaian awal akan dilakukan terhadap keberkesanan pembangunan
perisian ini. Penilaian awal dilakukan untuk mendapat komen, kritikan dan maklumbalas
daripada pengguna perisian untuk proses pembaikan mutu perisian dan memenuhi kehendak dan
citarasa pengguna.

Objektif Projek
  Objektif utama penghasilan projek pembangunan perisian ini adalah untuk menghasilkan
satu perisian berasaskan CD-rom dengan menggunakan teknologi Multimedia. Ia akan diguna
pakai oleh guru-guru atau pelajar-pelajar tingkatan dua dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (Elektif Pilihan Teknikal), lukisan teknik bertajuk Hamparan. Secara khususnya
objektif kajian ini adalah seperti berikut;
1.  Membina satu perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) bagi
tajuk “Hamparan” dalam mata pelajaran  elektif Kemahiran Teknikal Lukisan Teknik,
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua.
2.  Menghasilkan perisian PPBK yang mengandungi elemen-elemen kaedah pembelajaran
kendiri.
3.  Menghasilkan Perisian yang interaktif dan  sesuai mengikut sukatan mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua.
4.  Perisian dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran sub tajuk hamparan
lukisan teknik, Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua.
  Dalam penggunaan aplikasi komputer ini,  pelajar akan menggunakan secara maksimum
deria penglihatan dan deria pendengaran mereka  di mana mereka akan melihat paparan atau
gambar rajah yang ditayangkan di dalam perisian ini, dan mendengar setiap arahan yang
dikemukakan semasa proses pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar telah menggunakan
kemahiran berfikir dengan bermakna (mindtools) dalam proses pembelajaran.

Kepentingan Perisian
  Perisian PBK yang dibangunkan ini mempunyai pelbagai kepentingan terhadap
penggunanya. Antaranya ialah :
1.  Guru dapat mengaplikasikan teknologi komputer dengan lebih luas lagi dalam proses
P&P di sekolah.
2.  Pelajar dapat belajar mengikut kehendak mereka di samping dapat membuat proses
pengulangan mengikut kemahuan mereka dansecara tidak langsung, pelajar dapat belajar
secara kendiri pada bila-bila masa.
3.  Dapat menarik minat pelajar dengan adanya  penambahan elemen-elemen seperti audio,
video, dan montaj perisian seterusnyamereka dapat meningkatkan tahap pencapaian
dengan pembelajaran yang berterusan.
4.  Membantu guru dalam mewujudkan proses  P&P dengan lancar seterusnya dapat
meningkatkan mutu pengajaran.
5.  Memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk mempelbagaikan bahan rujukan di
pusat sumber sebagai kemudahan kepada pelajar dan guru
6.  Membantu pihak Kementerian Pelajaran dalam mempelbagaikan sumber bahan perisian
multimedia PPBK mata pelajaran teknikal untuk proses P&P.

Model Reka perisian
  Dalam membangunkan projek ini model reka bentuk instruksi iaitu Model ADDIE
dijadikan asas dan panduan. Model ini telah  dibina oleh Tripp dan Bichelmeyer yang di
dalamnya mengandungi aspek pembelajaran serta penggunaan teknologi.
  Metodologi pembangunan projek ini menggunakan model ADDIE kerana
perkembangannya secara fasa yang berjujukan dan bersistematik merujuk pada rajah 1 di bawah.
Ia mempunyai lima peringkat atau aliran gerak kerja pembangunan iaitu fasa analisis, fasa reka
bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian.


Rajah 1 : Carta Aliran Model ADDIE

Analisis Data
  Penggunaan perisian akan terus beroperasi secara “Autorun” apabila cakera padat
dimasukkan ke dalam pemacu cakera padat. Merujuk pada rajah 2 di bawah, apabila perisian ini
beroperasi, paparan pendahuluan  perisian dan muzik iringan akan di paparkan selama 40 saat.
Namun bagi pengguna yang ingin meneruskan  ke paparan menu seterusnya tanpa menunggu
menu montaj selesai, pengguna boleh menekan butang skip. Terdapat pelbagai animasi yang
menarik untuk ditonton berkaitan dengan isi kandungan mata pelajaran lukisan hamparan.


Rajah 2 Menu Pendahuluan Perisian

  Setelah selesai persembahan pendahuluan  perisian sama ada melalui masa yang
ditetapkan ataupun dengan menekan butang skip, paparan seterusnya adalah ke menu
pendaftaran pengguna merujuk pada rajah 4.2. Pengguna diberitahu untuk melakukan
pendaftaran nama. Namun bagi pengguna yang  belum mendaftar, mereka perlu menekan
perkataan “DAFTAR MASUK”. Pengguna akan diminta menaip nama penuh dan nama ID
untuk direkodkan di dalam perisian ini. Namun bagi pengguna yang telah membuat pendaftaran,
pengguna hanya perlu menaip nama ID diruang “LOGIN MASUK” yang disediakan dan
menekan butang enter untuk ke menu seterusnya. Manakala yang ingin keluar daripada perisian
mereka boleh menekan butang keluar untuk keluar daripada perisian.
  Menu pengesahan nama akan dipaparkan untuk pengguna mengesahkan status nama dan
nama ID pengguna mereka pada ruang yang telah disediakan betul untuk direkodkan. Setelah
pengguna dapati nama dan ID mereka tepat, pengguna perlu mengesahkan maklumat yang telah
mereka masukkan. Namun begitu jika nama ID yang dimasukkan kedalam daftar pengguna telah
digunakan, pengguna harus mengisi semula ID mereka dalam menu daftar pengguna.

Menu utama
  Berdasarkan pada rajah 3 di bawah, paparan pada menu utama perisian PPBK lukisan
hamparan membolehkan pengguna untuk membuat pilihan ke submenu yang lain seperti menu
objektif pembelajaran, pengenalan, konsep, istilah, jenis dan latihan. Selain itu di dalam paparan
menu utama terdapat juga butang keluar dan butang info. Di dalam menu utama juga disertakan
dengan muzik iringan dan beberapa animasi.


Rajah 3 Menu Utama

Menu Info
  Berdasarkan pada rajah 4 di bawah menunjukkan paparan yang terdapat pada menu info.
Menu info merupakan paparan penerangan tentang perisian yang telah dibangunkan. Di dalam
paparan menu info terdapat butang info perisian, info sistem yang digunakan untuk membina
perisian dan info mengenai mata pelajaran. Selain itu terdapat juga butang menu utama dan
butang keluar.


Rajah 4 Menu Info

Menu Info Perisian
  Seterusnya apabila butang menu info perisian dipilih oleh pengguna, paparan menu info
perisian akan memaparkan objektif perisian ini. Di dalam menu info perisian terdapat tiga
objektif perisian.

Menu Info Sistem
  Menu Info Sistem pula berkaitan dengan  sistem yang digunakan untuk membangunkan
perisian ini. Di dalam info sistem ini, paparan nama-nama perisian yang digunakan untuk
membangunkan perisian pembelajaran ini.

Menu Info Mata Pelajaran
  Menu info mata pelajaran pula menerangkan  mengenai mata pelajaran perisian ini.
Paparannya berkaitan dengan pilihan tajuk mata pelajaran, dan tujuan perisian ini dibangunkan.

Objektif Perisian
  Di dalam menu objektif, pengguna akan  dapat mengetahui tujuan perisian ini
dibangunkan. Terdapat butang penerangan objektif  yang akan memaparkan objektif perisian.
Selain itu, menu objektif perisian juga menjadi panduan kepada pembangun perisian agar
perisian yang dibina menepati dengan objektif  perisian ini. Terdapat juga butang menu untuk
kembali ke menu utama dan butang keluar untuk keluar daripada perisian ini.

Menu Jenis Lukisan Hamparan
  Seterusnya apabila pengguna memilih untuk ke halaman pada menu jenis lukisan
hamparan, paparan menu jenis lukisan hamparan  akan dipaparkan merujuk pada rajah 5 di
bawah. Di dalam menu lukisan hamparan pengguna akan dapat melihat animasi lukisan
hamparan. Pada paparan menu jenis hamparan juga terdapat lima butang iaitu butang
penerangan, selari, jejari, menu dan keluar.

Rajah 5 Menu Jenis Lukisan Hamparan

Menu Kaedah Selari
  Menu selari adalah menu yang akan  menerangkan tentang langkah untuk membina
lukisan hamparan kaedah selari. Di dalam menu kaedah selari akan dipaparkan lima butang iaitu
butang selari 1,selari 2, menu, kembali dan keluar. Butang selari 1 dan 2 akan menerangkan
tentang langkah-langkah untuk melukiskan lukisan selari. Manakala butang kembali pula akan
mangarahkan perisian kembali ke menu jenis lukisan hamparan.

Perbincangan
  Pembinaan perisian pangajaran dan pembelajaran berbantu computer merupakan kerja
yang bukan mudah. Pelbagai faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesebuah perisian PPBK
yang baik. Pelbagai elemen multimedia seperti grafik, audio, animasi, teks, dan audio sahaja
yang terdapat di dalam perisian tidak mencukupi jika asas pedagogi tidak diterapkan sekali di
dalam perisian tersebut dan juga perisian mestilah bersifat interaktif untuk menimbulkan rasa
minat pengguna .
  Perisian yang ingin dibangunkan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk memastikan
perisian yang dibina mempunyai nilai tinggi. Setiap individu yang ingin membangunkan perisian
mestilah berkemahiran dengan pelbagai perisian seperti perisian  Autoware, Macromedia Flash,
Adobe Photoshop, Swishmax  dan  Sound Forge.  Kelemahan dalam salah satu daripada perisian
tersebut akan menyebabkan perisian PPBK yang ingin dihasilkan tidak mencapai tahap kualiti
yang sepatutnya. 
  Pembinaan perisian yang bermutu tinggi  memerlukan perancangan dan persediaan yang
rapi. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan  perisian PPBK yang bermutu memerlukan masa
yang agak panjang. Selain itu, untuk menghasilkan grafik yang menarik serta bersesuaian dengan
perisian pengajaran memerlukan masa yang agak lama untuk dihasilkan.
  Pembangunan perisian yang dibina perlu dinilai dan uji untuk mengesan akan
keberkesanannya. Oleh sebab masa yang tidak  mencukupi, perisian yang dibina tidak dapat
dinilai kepada kumpulan sasaran sebenar. Perisian yang siap dibina hanya dinilai oleh 10 orang
pelajar dikalangan guru PKPG UTM dan penilaian secara pemerhatian yang berulang kali.


Alessi, S.M &
Pub.
Hasimah dan Muhamad Rafie. (1994). Pengajaran Bantuan Komputer (CAI) Multimedia
Interaktif untuk Pengajian Literasi Komputer. Educational Computing In
Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir. (2001).  Pembangunan Perisian
Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur : Venton Publishing.
Mokhtar Ahmad. (1999). Teman teknologi maklumat anda : Perisian. Selangor. 
Norhashim, Mazenah & Rose Alinda. (1996).  Pengajaran Bantuan Komputer.  Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka & Universiti Teknologi Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (199belajaran secara Konstruktivisme. K
Kem
Roblyer, M.D. & Edwards, Jack. (1997). Integrating Educational Technology in Teaching. Ohio:
Prentice Hall.
Sharifah Md.Nor. (2000).  Keberkesanan Sekolah : Satu perspektif sosiologi. Univerisiti Putra
Malaysia.
Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.
Zakaria Kasa, Aida Suraya Yunus. (2001).  Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.  Universiti
Putra Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan