Jumaat, 30 September 2011

Masalah-masalah berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran

Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran sememangnya mendatangkan banyak manfaat bagi proses pembelajaran pelajar. Namun disebalik itu, tidak dinafikan wujudnya masalah-masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan akan adanya kemudahan ini.

Yusri Mat Johor (2004) mengemukakan masalah penggunaan komputer di sekolah
yang masih pada tahap kritikal dan sukar untuk diatasi adalah seperti berikut:: 

Bilangan komputer

Bilangan peruntukan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar.


Kos pembelian dan pengurusan komputer

Berkaitan hal ini, kos yang tinggi untuk mendapatkan komputer dan kerja-kerja pengurusan yang melibatkan kemahiran tertentu menjadi faktor penghalang bagi menjayakan penggunaan teknologi komputer sepenuhnya dalam proses pengajaran. Oleh itu, adalah lebih baik kos yang sedia ada dipergunakan untuk tujuan lain yang dapat menambah baik kemudahan sekolah bagi memberi keselesaan bagi para guru dan pelajar.


Keberkesanan penggunaan komputer

Keberkesanan penggunaan komputer dalam proses pengajaran sememangnya menjadi kemudahan bagi para guru dan pelajar. Namun, hal ini memerlukan penguasaan guru terhadap segala aplikasi computer untuk dimuatkan dalam menghasilkan sesuatu proses pengajaran. Sekiranya, bahan yang dihasilkan menerusi komputer tidak dapat menarik para pelajar untuk mengikuti isi pelajaran maka segala usaha guru dianggap tidak berbaloi bahkan menyebabkan pembaziran masa.


Kemahiran guru dalam mengendalikan komputer

Penggunaan komputer memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Justeru, bagi mengaplikasikan teknologi ini dalam proses pengajaran menuntut kepada kemahiran daripada guru itu sendiri. Tegasnya, hanya terdapat sebilanag kecil sahaja di kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasi komputer ini sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh para guru gagal memberi manfaat penuh kepada proses pengajaran yang melibatkan penggunaan komputer.
 
Tegasnya, penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran bukanalah suatu yang mudah untuk dilaksanakan walaupun ia dilihat berpotensi dalam mempertingkatkan lagi proses P&P. sehubungan itu, kebergantungan sepenuhnya dengan teknologi ini perlu dinilai dengan sewajarnya agar semua kelompok dalam sistem pendidikan mendapat manfaat yang sama sekaligus mengurangkan jurang pengetahuan di antara para pelajar bandar dan luar bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan