Selasa, 18 Oktober 2011

Fungsi blog dalam P&P


Blog bukan sahaja digunakan sebagai luahan perasaan, penceritaan tentang kehidupan tetapi penggunaan blog dalam era teknologi kini melampaui tahap tersebut kerana blog juga digunakan sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat. Khasnya dari konteks pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru, malah pelajar juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui blog. Kebiasaannya terdapat penulis blog yang lebih cenderung mengarang blog dengan membawa pelbagai maklumat-maklumat penting seperti isu semasa dan sebagainya.

Sebagai seorang guru, blog digunakan untuk membantu guru dalam memperbaiki P&P nya dari sudut mendapatkan bahan-bahan pengajaran. Pelbagai bahan boleh dimuat turun dari internet dan bahan-bahan tersebut boleh digunakan dalam sesi pengajaran. Antara bahan-bahan tersebut seperti video, set lengkap powerpoint sesuatu subjek, lagu dan banyak lagi. Bahan-bahan tersebut contohnya dapat digunakan di dalam set induksi, malah juga terdapat bahan yang boleh terus digunakan untuk mengajar seperti mana yang terdapat di dalam laman web UKM yang memuatkan bahan-bahan pengajaran dalam bentuk power point. Di dalamnya disertakan sesi pengajaran bermula dari set induksi hingga kesimpulan. Selain itu ia membantu pelajar untuk muat turun nota-nota dan soalan.

Selain itu juga ia memudahkan para guru dalam meneruskan P&P apabila pengaplikasian blog dalam sesi pengajaran. Sebagai contoh, nota-nota pengajaran ,soalan penilaian dan sebagainya boleh didapati oleh pelajar terus dari blog guru tersebut. Hal ini lebih menjimatkan masa dan bagi sesetengah pelajar merupakan persediaan awal untuk mereka belajar. Hal ini selaras dengan matlamat kementerian untuk menjana ict dalam pendidikan. Walaubagaimanapun perkara ini mungkin lebih sesuai digunakan oleh pelajar yang lebih mudah untuk mendapatkan sumber internet dan lebih mudah pada pelajar yang berada dibandar. Tetapi apabila dilihat secara positif, guru tersebut mestilah aktif dan sentiasa kehadapan dalam mencari maklumat baru dan nota-nota yang berguna. guru boleh mendapatkan pelbagai nota dengan memngambil dari blog-blog guru dan nota tersebut boleh diberikan kepada pelajar. Selain itu soalan-soalan lepas dan soalan-soalan ramalan dapat dikongsi bersama.

Jaringan maya ini boleh digunakan untuk perkongsian maklumat antara guru. Sekiranya guru menghadapi masalah yang berkaitan dengan murid, pengawalan kelas, pengajaran dan pembelajaran, penyediaan objektif pengajaran dan hal-hal lain yang berkaitan dengan sekolah boleh dikongsi melalui ruangan forum yang disediakan didalam blog. Melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah guru dan mengurangkan tekanan yang di hadapi oleh guru. Sebagai contoh perkongsian idea bagaimana membuat set induksi yang menarik.Selain itu, kerajaan melalui misi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) antaranya ialah mengurangkan jurang teknologi antara bandar dan luar Bandar. Dalam menyahut misi ini pembinaan blog secara tidak langsung membantu secara pantas dalam menyampaikan maklumat dari sekolah dari Bandar ke luar Bandar. Perkonsian idea dalam pengajaran dan pembelajaran dapat disebarkan dengan cepat

Khamis, 13 Oktober 2011

Memartabatkan Bahasa Melayu

BAHASA Melayu kini ditutur lebih 300 juta penduduk di seluruh dunia dan menjadi bahasa ibunda bagi masyarakat Kepulauan Melayu yang mewakili hampir separuh daripada Asia Tenggara.
Malah bahasa Melayu telah pun diajar di universiti-universiti antarabangsa seluruh dunia walaupun dengan sebutan yang lebih condong kepada sebutan bahasa Melayu Indonesia.
Namun, itu bukan merupakan suatu masalah bagi masyarakat di rantau ini untuk memahaminya walaupun dengan sebutan yang berbeza kerana ia masih mengekalkan akar umbi bahasa berkenaan iaitu bahasa Melayu Riau.
Walaupun sudah dikenali di pelosok dunia tetapi pada hakikatnya ke manakah hala tuju bahasa Melayu dalam meletakkannya sebagai bahasa antarabangsa.
Tokoh pendidik, Tan Sri Wira Abdul Rahman Arshad menyifatkan sudah tiba masanya bahasa Melayu mempunyai agenda dalam meletakkannya setaraf dengan bahasa Inggeris yang digunakan secara global.
Menurutnya, bahasa Melayu boleh pergi lebih jauh daripada apa yang ada sekarang dengan matlamat, ia harus dipermudahkan supaya mudah pula diterima oleh masyarakat dunia.
”Perkara pertama adalah dengan menyeragamkan sebutan ataupun lisannya berdasarkan susunan bunyinya,” katanya.
Sebagai contoh sebutan perkataan yang berakhir dengan ‘a’ yang mempunyai dua bunyi sama ada disebut ‘aa’ ataupun ‘ee’.
”Contohnya jika perkataan maka, ia disebut ma/ka (aa) ataupun ma/ke (ee), ini dua sebutan yang berbeza dan menyusahkan mereka yang ingin mempelajarinya,” katanya.
Beliau menegaskan, perkara tersebut tidak harus melibatkan sama ada ia sebutan baku atau tidak, yang penting memudahkannya untuk mereka yang baru mengenali bahasa Melayu.
”Kalau kita fikirkan tentang sebutan baku maka ia lebih menyusahkan kalau ia melibatkan bahasa asing contohnya seperti perkataan protein sama ada perlu disebut sebagai pro/tein ataupun sebutan bakunya, pro/te/in, yang sudah tentu ganjil bunyinya” katanya.
Selain itu katanya, apabila perkataan asing diambil dan digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu maka adalah lebih baik sebutan dan bunyinya dikekalkan dalam bahasa asalnya.
”Ini kerana sebutan perkataan itu sudah dikenali oleh masyarakat antarabangsa dan digunakan secara meluas maka perlulah ia dikekalkan,” katanya.
Abdul Rahman berkata, pemodenan bahasa Melayu juga perlu diberi perhatian terutama yang melibatkan perkataan-perkataan luar.
”Sejak dahulu memang sukar untuk melihat bahasa Melayu yang mempunyai perkataan ‘x’ dan seringkali perkataan asing yang mempunyai huruf ‘x’ dan dipinjam ke dalam bahasa kita ditukar ejaannya,” katanya.
Sebagai contoh, perkataan complex ditukar ejaannya kepada ‘kompleks.
Katanya, sudah tiba masanya bahasa Melayu memperkenalkan huruf ‘x’ dengan melibatkan perubahan yang berperingkat-peringkat.
”Walaupun ia nampak janggal dan sukar dilaksanakan di dalam buku namun lama kelamaan ia akan menjadi biasa,” katanya.
Dalam memastikan matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa global tercapai beliau menegaskan, ejaannya perlu disusun mengikut bunyi seperti yang pernah dilakukan pada masa dahulu. Beliau menekankan penggunaan tanda kepada huruf ‘e’ dengan mengembalikan penggunaan huruf ‘e’ taling (bertanda) dan ‘e’ pepet bagi melahirkan maksud yang berbeza pada ejaan yang sama.
”Di negara-negara lain seperti Eropah masih mengekalkan huruf yang bertanda untuk memastikan sebutan yang berbeza pada perkataan yang mempunyai sama ejaannya bagi memudahkan penuturnya, jadi mengapa kita tidak boleh berbuat demikian” katanya.
Beliau berkata, masalah sebutan perkataan warna ‘perang’ ataupun perasaan ‘berang’ masih ketara kepada masyarakat negara ini terutama kaum lain sehingga wujud kekeliruan.
”Kita tidak boleh salahkan mereka jika mereka menyebut Kuala Berang ataupun nama Megat dengan sebutan ‘e’ taling,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa gejala mencampuraduk bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris terutama dalam media elektronik sedikit sebanyak menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.
”Kadang-kadang apabila kita menonton drama Melayu berlaku perkara ini dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang tidak betul,” katanya.
Bagi beliau, jika perkataan yang hendak disebut tiada dalam kamus bahasa Melayu maka ia tidak menimbulkan sebarang masalah.
”Namun jika sebaliknya, ini memperlihatkan kekosongan pengetahuan pada diri pelakon-pelakon terbabit sehingga menjadi bahasa Melayu itu sebagai ejekan kepada mereka,” tegasnya.
Justeru katanya, media massa berperanan penting dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa global kerana selain mempunyai pengaruh yang besar terhadap penontonnya ia adalah salah satu landasan untuk mendidik masyarakat bagi penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Selasa, 4 Oktober 2011

Teknik Penyoalan Guru

Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek penyoalan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam setiap borang penilaian pemerhatian bagi penyeliaan pengajaran dan pembelajaran semasa latihan perguruan atau borang penyeliaan oleh Jemaah Nazir Sekolah atau sesiapa sahaja dalam proses penilaian atau pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru, pasti sahaja ada elemen ini dinilai. Betapa pentingnya seseorang guru itu menguasai teknik dan kemahiran menyoal adalah menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat amalan guru yang tidak memberikan perhatian kepada teknik menyoal, umpamanya guru menyoal dengan soalan yang tidak jelas, bersifat spontan, tidak menentukan tujuan, stereotaip dan hanya berkisar sekitar mencungkil ingatan serta memahami fakta sahaja. Soalan sedemikian tidak akan dapat mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Apakah Penyoalan?
Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.
SOALAN —-> MAKLUMBALAS —-> REAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS
Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental. Beberapa kebaikan penyoalan adalah seperti berikut;
  • Merangsang pembelajaran
  • Mengembangkan potensi berfikir murid
  • Memandu kepada idea yang jelas
  • Menggerakkan imaginasi
  • Insentif kepada tindakan
Guru perlu menyedari bahawa kuantiti soalan dan kualiti penyoalan semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah merupakan salah satu unsur penting dalam menentukan keberkesanan dan kualiti sesi pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu merancang dengan teliti dan rapi dengan mengambil kira beberapa faktor seperti berikut;
  • Mental
  • Psikologi
  • Persekitaran
  • Pengalaman murid
  • Keperluan sesuatu mata pelajaran

Isnin, 3 Oktober 2011

Langkah-langkah Menulis Refleksi

Langkah - langkah menulis refleksi adalah seperti berikut : -

1. Fikirkan satu isu atau cabaran yang kritikal untuk direnungkan.
2. Mengapakah ia merupakan cabaran kepada diri anda ? Apakah punca cabaran itu ?
3. Nyatakan perasaan anda ( bisikan hati ) dan apakah falsafah anda terhadap isu ini ?
4. Nyatakan kesedaran baru daripada pengalaman tersebut.
5. Nyatakan cadangan dan tindakan susulan.

Jumaat, 30 September 2011

Kreativiti Guru Mekanisme Pengajaran Berkesan


Menjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi pelajaran menjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatari keceriaan dan keharmonian proses pengajaran menjadi pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang telah dirancangkan. Sehubungan itu, guru sebagai individu persuatif kepada pelajar memainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses P&P yang mampu memberi daya tarikan di kalangan para pelajar. Tegasnya, kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru yang ditunjangi daya kreativiti menjadi asas utama berhubung isu ini.
Kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu- individu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan satu bentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan sebagai satu wadah pembelajaran yang memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru, adanya daya kreativiti bagi seorang guru yang dapat disesuaikan dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan meransang penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Fromm (1959) mengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang yang selalu melihat kepada yang baru. Oleh itu , individu seperti ini akan memperlihatkan sifat kedinamikan dalam setiap tingkah laku dan juga pemikirannya. Dalam konteks keguruan kreativiti berperanan sebagai momentum yang akan menghasilkan satu proses pengajaran berkesan seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan akademik pelajar.
Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan Kreativiti bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik. Para guru yang memiliki daya kreatif seringkali mendatangkan banyak idea baru selain dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya daya kreativiti ini dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka proses pembelajaran pelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum.
Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan kreatif oleh seorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telah mereka pelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung menanam nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka.
Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubungan dua hala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak balas (respons) daripada kedua-dua pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik darjah berperanan sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh para pelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru yang melibatkan gabungan kreativiti dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons pelajarnya. Selain itu, Komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar akan mewujudkan kemesraan yang memberi kesenangan dalam proses pembelajaran sekaligus memberi input pengetahuan bermanfaat bagi para pelajar. Justeru, guru sewajarnya memberi penekanan terhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah proses pendidikan melalui peningkatan dan perkembangan hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya. Kreativiti dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang guru terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran 
yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasi pelajar ke arah membentuk kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar, bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan. Oleh demikian, teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang guru bagi menguruskan hal- hal ini.
Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti pelajar. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan pelajar agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal.
Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses P&P dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada para pelajar. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa. Misalnya, dalam matapelajaran sains yang membincangkan berkenaan biologi, guru dapat mengaitkan konsep biologi tersebut dengan teknologi pengklonan yang telah dijalankan oleh beberapa negara maju di dunia dan menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat. Secara tidak langsung perkaitan seperti ini akan menjadikan para pelajar terus menerokai secara mendalam lagi berkenaan isi pelajaran yang disampaikan.
Tegasnya, kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses P&P bergantung kepada keupayaan kreativiti mereka dalam mempelbagaikan corak penyampain isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan pelajar dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan.

Masalah-masalah berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran

Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran sememangnya mendatangkan banyak manfaat bagi proses pembelajaran pelajar. Namun disebalik itu, tidak dinafikan wujudnya masalah-masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan akan adanya kemudahan ini.

Yusri Mat Johor (2004) mengemukakan masalah penggunaan komputer di sekolah
yang masih pada tahap kritikal dan sukar untuk diatasi adalah seperti berikut:: 

Bilangan komputer

Bilangan peruntukan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar.


Kos pembelian dan pengurusan komputer

Berkaitan hal ini, kos yang tinggi untuk mendapatkan komputer dan kerja-kerja pengurusan yang melibatkan kemahiran tertentu menjadi faktor penghalang bagi menjayakan penggunaan teknologi komputer sepenuhnya dalam proses pengajaran. Oleh itu, adalah lebih baik kos yang sedia ada dipergunakan untuk tujuan lain yang dapat menambah baik kemudahan sekolah bagi memberi keselesaan bagi para guru dan pelajar.


Keberkesanan penggunaan komputer

Keberkesanan penggunaan komputer dalam proses pengajaran sememangnya menjadi kemudahan bagi para guru dan pelajar. Namun, hal ini memerlukan penguasaan guru terhadap segala aplikasi computer untuk dimuatkan dalam menghasilkan sesuatu proses pengajaran. Sekiranya, bahan yang dihasilkan menerusi komputer tidak dapat menarik para pelajar untuk mengikuti isi pelajaran maka segala usaha guru dianggap tidak berbaloi bahkan menyebabkan pembaziran masa.


Kemahiran guru dalam mengendalikan komputer

Penggunaan komputer memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Justeru, bagi mengaplikasikan teknologi ini dalam proses pengajaran menuntut kepada kemahiran daripada guru itu sendiri. Tegasnya, hanya terdapat sebilanag kecil sahaja di kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasi komputer ini sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh para guru gagal memberi manfaat penuh kepada proses pengajaran yang melibatkan penggunaan komputer.
 
Tegasnya, penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran bukanalah suatu yang mudah untuk dilaksanakan walaupun ia dilihat berpotensi dalam mempertingkatkan lagi proses P&P. sehubungan itu, kebergantungan sepenuhnya dengan teknologi ini perlu dinilai dengan sewajarnya agar semua kelompok dalam sistem pendidikan mendapat manfaat yang sama sekaligus mengurangkan jurang pengetahuan di antara para pelajar bandar dan luar bandar.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENGENALAN

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka.
Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya (Atan Long, 1982).
Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep ‘pengajaran guru dan pembelajaran murid’ menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan.
Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana bidang sains. Tambah beliau lagi, proses ini juga dianggap sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru.
Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempuranaan proses pengajaran yang dilaksanakan.
Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan keberkesanan sistem pendidikan semasa melalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dalam akademik dan pembangunan insan.

KE ARAH PROSES PENGAJARAN BERKESAN

Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek mahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan untuk menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa. Justeru, pendidikan masakini perlu kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patut disalurkan kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajaran khususnya dalam bilik darjah menjadi asas pencapaian kecemerlangan akademik buat para pelajar.
Dalam pendidikan formal, proses pengajaran menjadi elemen terpenting bagi mencapai keberkesanan isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran berkesan akan hanya dicapai menerusi pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian oleh seorang guru untuk mencapai objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini melibatkan kemahiran serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yang disampaikan. Persediaan mantap berkaitan kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru membolehkannya menjalankan proses P&P dengan penuh keyakinan dan semangat tinggi. Dengan demikian, guru akan dapat memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran bersturktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan.
Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen guru sepenuhnya. Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P bilik darjah. Langkah awal dalam membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan menilai pertindanan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif proses P&P. Guru seharusnya memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi pelajaran agar membuka minda dan minat pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaran yang melibatkan tindak balas positif dan tingkah laku aktif para pelajar.
Selain itu, interaksi sosial guru dan pelajar merupakan sebahagian daripada beberapa
faktor ke arah keberkesanan pengajaran. Hubungan dua hala (guru-pelajar) yang baik perlu
diwujudkan oleh setiap guru agar masalah berkaitan pelajar dapat diselesaikan seterusnya para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses P&P. Adalah menjadi keutamaan dalam proses pengajaran untuk mengelakkan daripada berlakunya penyertaan pasif dikalangan pelajar disebabkan kurangnya perhatian dan fokus serta ketidakselesaan mereka semasa mengikuti proses P&P. justeru, guru berperanan memberikan motivasi agar para pelajar dapat mengikuti segala maklumat pengetahuan yang disampaikan sepenuhnya.
Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran turut menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982) bahawa sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan dengan isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka.
Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yang dapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar. Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti mahupun penggunaan teknologi masakini menjadi asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran berkesan. Seterusnya hal ini akan menjadikan proses P&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada pencapaian kecemerlangan para pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkat usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi pengkomputeraan dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan.
Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang, Y.K Yap dan Y.M. Tam, 1992). Jelas bahawa penggunaan komputer secara meluas telah memudahkan kerja-kerja mentadbir dan mengurus bahkan sebagai instrumen yang dapat membantu ke arah mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point, internet, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang . justeru, kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahauan dikalangan mereka.

Isu-isu Profession Perguruan


Dunia pendidikan sering menimbulkan isu dan topik kontroversi antara individu didalam bidang ini serta masyarakat sekeliling. Isu yang ditimbulkan bukan sahaja dari segi pengajaran dan pembelajaran tetapi merangkumi kaedah dan strategi pengajaran, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu-isu  semasa yang lain samada dari pihak guru  atau pelajar.Bidang  perguruan  satu  masa dulu adalah satu bidang profesional yang berkembang seiring dengan bidang-bidang yang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan serta perakaun an. Namun kini ia telah jauh ketinggalan di belakang kerana ramai yang menceburi bidang ini menjadikan ia sebagai pilihan terakhir sekiranya tidak berjaya memasuki bidang yang diminati. Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Pada asasnya tugas bagi seorang guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang mempunyai kehidupan yang berkualiti. Tanggungjawab ini berat dan bukan mudah, bila dinyatakan tugas guru sebagai mendidik pelajar men jadi seorang insan ia juga akan menentukan pemimpin negara pada masa akan datang serta jatuh bangunnya sesuatu bangsa. Oleh itu adalah sangat tidak bertepatan pandangan mana -mana pihak yang menyatakan tugas seorang  guru adalah mudah. Guru memikul  tanggungjawab yang berat dalam membentuk keperibadian pelajar bukan sahaja untuk cemerlang dalam bidang akademik tetapi untuk memastikan anak bangsa yang dididik seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan hasrat yang diutarakan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan di Negara Malaysia dari dulu sehingga kini di dukung oleh  tenaga -tenaga  pendidik yang professional.hakikat ini diakui kerana kerjaya perguruan ini di dukung oleh  kod -kod  etika perguruan yang  telah digariskan oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka (1995 ), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari perspektif  Islam pula etika ialah sesuatu  yang  berasaskan kepada tingkah laku yang betuldan ketaqwaan kepada Allah. Dengan itu disimpulkan secara dasarnya kod  etika keguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar 


 Kepentingan Kod Etika Perguruan

 Setaraf dengan  kerjaya perguruan yang dianggap profesional, maka kod -kod  etika perguruan yang digariskan mempunyai keperntingan kepada pengamalnya. Kod etika iniamat berfaedah khususnya kepada guru -guru dalam menjalani kehidupan seharian. Diantara kepentingannya ialah garis panduan bertingkah laku bagi guru -guru serta tanggungjawab guru terhadap bidang  pendidikan ini. Pertama, kod etika ini menyediakan garis panduan bagaimana  boleh  bertingkahlaku dalam profesion perguruan. Ini memberi keseragaman kepada semua guru semasa berkomunikasi dengan pihak atasan atau  jabatan semasa menyampaikan maklumat kepada ibu bapa pelajar.  Garis panduan ini sesuai di rujuk dan diamalkan oleh guru. Seterusnya,kod etika ini menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab  guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Amanah yang dinyatakan di sini ialah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru beramanah untuk menyampaikan ilmu yang diperlukan oleh pelajar untuk digunakan dalam kehidupan seharian.Selain itu, kod etika perguruan merupakan sesuatu benda yang berbentuk dokumen.dan ianya akan dinilai dari masa ke semasa untuk menyesuaikannya dengan keperluan semasa. Ini kerana kecemerlangan sesuatu profesion dapat  dilihat  menerusi sej auh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Akhirnya, menerusi  kod etika perguruan ini guru  boleh dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih  dan rasmi. Maka secara tidak langsung, ini dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab berat yang di galas oleh guru dan pada akhirnya masyarakat itu sendiri dapat membantu guru dalam merealisasikan  matlamat  pendidikan negara.

Kod Etika Profesion Perguruan 

Guru sebenarnya adalah aktor utama dalam sistem pendidikan. Pembangunan sistem keguruan yang professional  adalah penting untuk mencapai hasrat pembangunan pendidikan. Hal ini demikian kerana guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Guru juga sangat perlu bag i melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Pembangunan insan harus diseimbangkan agar nilai -nilai moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru -guru dituntut  agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani  oleh pelajar dan masyarakat disamping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.  Kod etika perguruan terdiri daripada 4 aspek iaitu :

1. Tanggungjawab profesional guru terhadap pelajar 
2. Tanggungjawab profesional guru terhadap ibubapa
3. Tanggungjawab profesional guru terhadap masyarakat dan negara
4. Tanggungjawab profesional guru terhadap rakan sejawat dan profesyen keguruan. 


Tanggungjawab profesional  guru terhadap pelajar  
1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Aspek ini merupakan tanggungjawab utama  yang sepatutnya diamalkan oleh setia pguru. Walaubagaimanapun, pada masa kini realiti yang banyak berlaku  guru  hanya mengejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan  pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan yang  mana pada akhirnya kebajiikan pelajar jarang sekali diambil kira. Sebagai seorang guru yang professional, sepatutnya perlu mengimbangi antarakecemerlangan akademik dengan kebajikan serta keselamatan pelajar. Pada asasnya,etika ini sudah ada secara teorinya tetapi realiti sebenar yang berlaku di sekolah tidak seperti yang diharapkan. Maka aspek ini wajar direalisasikan agar ianya selari dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan individu y ang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian kan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 2. Membimbing dan mengajar pelajar , guru seharusnya membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah  tanpa sebarang bayaran.Sememangnya berlaku demikian di sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetapsecara bulanan. Namun begitu sekiranya berlaku kelas tambahan, maka biasanyaguru-guru di bayar elaun khas melalui Persatuan  Ibubapa dan Guru -guru (PIBG).PIBG memainkan peranan memberi sedikit  bayaran lain sebagai insentif kepada guru-guru. Guru juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam pro ses pengajaran dan pembelajaran serta meneruskan usaha menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meliputi guru -guru dan kakitangan sekolah serta para pelajarnya.Guru hendaklah sentiasa membimbing pelajar  dalam proses mengembangkan potensi intelek dan rohani mereka agar mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan yang mana negara dapat  menghasilkan modal insan yang berguna pada masa hadapan .

3. Mempertingkat profesionalisme dari semasa ke semasa melalui pengkajian,penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran guru  mencapai matlamat dan objektif yang sepatutnya .Kebanyakan guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan  tidak mempunyai masa untuk terlibat sepenuh masa dalam  program di atas. Tanpa penglibatan guru dalam program di atas maka adalah sukar untuk melaksanakan  pembaharuan, perubahandan refomasi. Sepatutnya guru-guru didedahkan  dengan  perkara ini supaya guru dapat membuat keputusan yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan dan selera pelajar, mengikut piawai dan kualiti yang diiktiraf, kemampuan bertanding dan membuat penilaian berasaskan produktiviti serta penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada perkembangan Teknologi Maklumat (IT) dan pengurusan dalam  era  teknologi maklumat masa kini maka perancangan strategik perlu dilakukan supaya perubahan sikap dapat  berlaku  melalui faktor ini.Matlamat untuk mewujudkan  sistem  pendidikan  bertara f dunia dan  menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan  tanggungjawab semua warga Kementerian  Pendidikan  Malaysia. Justeru itu, EtikaProfesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sifat -sifat  luhur,bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam  menjalankan  tugas dan tanggungjawab masing-masing. Bagi menjaga nama baik  profesion  perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini telah disediakan dalam bentuk ikrar dan   lazimnya  tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru. Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini, guru  dapat  menjalankan tugas yang diam anahkan mengikut  panduan yang menjadi  pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan  nilai-nilai akhlak mulia. Kod etika ini akan  dinilai dari masa ke semasaagar ia memenuhi keperluan semasa. Maka ia wajar diamalkan oleh setiap guru  agar sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
4. Merahsiakan  matlumat  ikhtisas atau sulit tentang  pelajar  Menjaga kerahsiaan dan  mengambil  langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalahpenting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat  tidak boleh disebarkan kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini kerahsiaan  tidak akan  terjamin. Realiti yang berlaku disekolah hanyalah Unit Bimbingan dan Kaunseling sahaja yang memegang kepada kod etika ini manakala yang lain menganggap perkara kerahsiaan ini adalah perkara biasa sahaja. Setiap guru sebenarnya berperanan menjadi orang  yang mendengar dan  menjaga rahsia agar pelajar dapat meluahkan  perasaan apabila mereka menghadapi  masalah. Maka secara tidak langsung, ia dapat melahirkan pelajar yang lebih stabil dari segi emosi dan akhirnya pelajar tersebut dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran  mereka.


Kesimpulan

Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi.Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika ianya mematuhi nilai-nilai moral.  Walaupun secara keseluruhan artikel di atas menunjukkan guru-guru  telah mengamalkan etika profesion perguruan seperti yangdiharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, namun kedapatan juga segelintir guru  bertindak dan berpelakuan tidak wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kenapakah perkara ini boleh berlaku ?Dan siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal  ini? Bagi meningkatkan lagi amalan etika profesion perguruan yang  telah diamalkan oleh guru -guru tersebut, saya mencadangkan agar:
(i) Pihak pentadbir hendaklah meneruskan usaha menyemai nilai -nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meli puti guru -guru dan  kakitangan sekolah serta para pelajarnya. 
(ii) Pihak pentadbir juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan juga  memastikan gurusentiasa sedar akan peranannya dan tanggungjawab mereka  dalam proses pengajaran danpembelajaran. 
(iii) Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil  kepada semua pelajar  serta mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum,  agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya.
 (iv) Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi mo del kepada pelajar kerana setiap tingkah laku  seseorang  guru itu  mudah menjadi  ikutan  pada pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling  dekat dengan para pelajar.