Pendidikan



ISU - ISU PROFESION PERGURUAN

Dunia pendidikan sering menimbulkan isu dan topik kontroversi antara individu didalam bidang ini serta masyarakat sekeliling. Isu yang ditimbulkan bukan sahaja dari segi pengajaran dan pembelajaran tetapi merangkumi kaedah dan strategi pengajaran, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu-isu  semasa yang lain samada dari pihak guru  atau pelajar.Bidang  perguruan  satu  masa dulu adalah satu bidang profesional yang berkembang seiring dengan bidang-bidang yang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan serta perakaun an. Namun kini ia telah jauh ketinggalan di belakang kerana ramai yang menceburi bidang ini menjadikan ia sebagai pilihan terakhir sekiranya tidak berjaya memasuki bidang yang diminati. Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Pada asasnya tugas bagi seorang guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang mempunyai kehidupan yang berkualiti. Tanggungjawab ini berat dan bukan mudah, bila dinyatakan tugas guru sebagai mendidik pelajar men jadi seorang insan ia juga akan menentukan pemimpin negara pada masa akan datang serta jatuh bangunnya sesuatu bangsa. Oleh itu adalah sangat tidak bertepatan pandangan mana -mana pihak yang menyatakan tugas seorang  guru adalah mudah. Guru memikul  tanggungjawab yang berat dalam membentuk keperibadian pelajar bukan sahaja untuk cemerlang dalam bidang akademik tetapi untuk memastikan anak bangsa yang dididik seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan hasrat yang diutarakan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan di Negara Malaysia dari dulu sehingga kini di dukung oleh  tenaga -tenaga  pendidik yang professional.hakikat ini diakui kerana kerjaya perguruan ini di dukung oleh  kod -kod  etika perguruan yang  telah digariskan oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka (1995 ), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari perspektif  Islam pula etika ialah sesuatu  yang  berasaskan kepada tingkah laku yang betuldan ketaqwaan kepada Allah. Dengan itu disimpulkan secara dasarnya kod  etika keguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar 


 Kepentingan Kod Etika Perguruan

 Setaraf dengan  kerjaya perguruan yang dianggap profesional, maka kod -kod  etika perguruan yang digariskan mempunyai keperntingan kepada pengamalnya. Kod etika iniamat berfaedah khususnya kepada guru -guru dalam menjalani kehidupan seharian. Diantara kepentingannya ialah garis panduan bertingkah laku bagi guru -guru serta tanggungjawab guru terhadap bidang  pendidikan ini. Pertama, kod etika ini menyediakan garis panduan bagaimana  boleh  bertingkahlaku dalam profesion perguruan. Ini memberi keseragaman kepada semua guru semasa berkomunikasi dengan pihak atasan atau  jabatan semasa menyampaikan maklumat kepada ibu bapa pelajar.  Garis panduan ini sesuai di rujuk dan diamalkan oleh guru. Seterusnya,kod etika ini menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab  guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Amanah yang dinyatakan di sini ialah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru beramanah untuk menyampaikan ilmu yang diperlukan oleh pelajar untuk digunakan dalam kehidupan seharian.Selain itu, kod etika perguruan merupakan sesuatu benda yang berbentuk dokumen.dan ianya akan dinilai dari masa ke semasa untuk menyesuaikannya dengan keperluan semasa. Ini kerana kecemerlangan sesuatu profesion dapat  dilihat  menerusi sej auh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Akhirnya, menerusi  kod etika perguruan ini guru  boleh dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih  dan rasmi. Maka secara tidak langsung, ini dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab berat yang di galas oleh guru dan pada akhirnya masyarakat itu sendiri dapat membantu guru dalam merealisasikan  matlamat  pendidikan negara.

Kod Etika Profesion Perguruan 

Guru sebenarnya adalah aktor utama dalam sistem pendidikan. Pembangunan sistem keguruan yang professional  adalah penting untuk mencapai hasrat pembangunan pendidikan. Hal ini demikian kerana guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Guru juga sangat perlu bag i melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Pembangunan insan harus diseimbangkan agar nilai -nilai moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru -guru dituntut  agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani  oleh pelajar dan masyarakat disamping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.  Kod etika perguruan terdiri daripada 4 aspek iaitu :

1. Tanggungjawab profesional guru terhadap pelajar 
2. Tanggungjawab profesional guru terhadap ibubapa
3. Tanggungjawab profesional guru terhadap masyarakat dan negara
4. Tanggungjawab profesional guru terhadap rakan sejawat dan profesyen keguruan. 


Tanggungjawab profesional  guru terhadap pelajar  
1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Aspek ini merupakan tanggungjawab utama  yang sepatutnya diamalkan oleh setia pguru. Walaubagaimanapun, pada masa kini realiti yang banyak berlaku  guru  hanya mengejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan  pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan yang  mana pada akhirnya kebajiikan pelajar jarang sekali diambil kira. Sebagai seorang guru yang professional, sepatutnya perlu mengimbangi antarakecemerlangan akademik dengan kebajikan serta keselamatan pelajar. Pada asasnya,etika ini sudah ada secara teorinya tetapi realiti sebenar yang berlaku di sekolah tidak seperti yang diharapkan. Maka aspek ini wajar direalisasikan agar ianya selari dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan individu y ang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian kan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 2. Membimbing dan mengajar pelajar , guru seharusnya membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah  tanpa sebarang bayaran.Sememangnya berlaku demikian di sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetapsecara bulanan. Namun begitu sekiranya berlaku kelas tambahan, maka biasanyaguru-guru di bayar elaun khas melalui Persatuan  Ibubapa dan Guru -guru (PIBG).PIBG memainkan peranan memberi sedikit  bayaran lain sebagai insentif kepada guru-guru. Guru juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam pro ses pengajaran dan pembelajaran serta meneruskan usaha menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meliputi guru -guru dan kakitangan sekolah serta para pelajarnya.Guru hendaklah sentiasa membimbing pelajar  dalam proses mengembangkan potensi intelek dan rohani mereka agar mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan yang mana negara dapat  menghasilkan modal insan yang berguna pada masa hadapan .

3. Mempertingkat profesionalisme dari semasa ke semasa melalui pengkajian,penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran guru  mencapai matlamat dan objektif yang sepatutnya .Kebanyakan guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan  tidak mempunyai masa untuk terlibat sepenuh masa dalam  program di atas. Tanpa penglibatan guru dalam program di atas maka adalah sukar untuk melaksanakan  pembaharuan, perubahandan refomasi. Sepatutnya guru-guru didedahkan  dengan  perkara ini supaya guru dapat membuat keputusan yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan dan selera pelajar, mengikut piawai dan kualiti yang diiktiraf, kemampuan bertanding dan membuat penilaian berasaskan produktiviti serta penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada perkembangan Teknologi Maklumat (IT) dan pengurusan dalam  era  teknologi maklumat masa kini maka perancangan strategik perlu dilakukan supaya perubahan sikap dapat  berlaku  melalui faktor ini.Matlamat untuk mewujudkan  sistem  pendidikan  bertara f dunia dan  menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan  tanggungjawab semua warga Kementerian  Pendidikan  Malaysia. Justeru itu, EtikaProfesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sifat -sifat  luhur,bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam  menjalankan  tugas dan tanggungjawab masing-masing. Bagi menjaga nama baik  profesion  perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini telah disediakan dalam bentuk ikrar dan   lazimnya  tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru. Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini, guru  dapat  menjalankan tugas yang diam anahkan mengikut  panduan yang menjadi  pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan  nilai-nilai akhlak mulia. Kod etika ini akan  dinilai dari masa ke semasaagar ia memenuhi keperluan semasa. Maka ia wajar diamalkan oleh setiap guru  agar sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
4. Merahsiakan  matlumat  ikhtisas atau sulit tentang  pelajar  Menjaga kerahsiaan dan  mengambil  langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalahpenting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat  tidak boleh disebarkan kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini kerahsiaan  tidak akan  terjamin. Realiti yang berlaku disekolah hanyalah Unit Bimbingan dan Kaunseling sahaja yang memegang kepada kod etika ini manakala yang lain menganggap perkara kerahsiaan ini adalah perkara biasa sahaja. Setiap guru sebenarnya berperanan menjadi orang  yang mendengar dan  menjaga rahsia agar pelajar dapat meluahkan  perasaan apabila mereka menghadapi  masalah. Maka secara tidak langsung, ia dapat melahirkan pelajar yang lebih stabil dari segi emosi dan akhirnya pelajar tersebut dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran  mereka.


Kesimpulan

Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi.Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika ianya mematuhi nilai-nilai moral.  Walaupun secara keseluruhan artikel di atas menunjukkan guru-guru  telah mengamalkan etika profesion perguruan seperti yangdiharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, namun kedapatan juga segelintir guru  bertindak dan berpelakuan tidak wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kenapakah perkara ini boleh berlaku ?Dan siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal  ini? Bagi meningkatkan lagi amalan etika profesion perguruan yang  telah diamalkan oleh guru -guru tersebut, saya mencadangkan agar:
(i) Pihak pentadbir hendaklah meneruskan usaha menyemai nilai -nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meli puti guru -guru dan  kakitangan sekolah serta para pelajarnya. 
(ii) Pihak pentadbir juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan juga  memastikan gurusentiasa sedar akan peranannya dan tanggungjawab mereka  dalam proses pengajaran danpembelajaran. 
(iii) Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil  kepada semua pelajar  serta mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum,  agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya.
 (iv) Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi mo del kepada pelajar kerana setiap tingkah laku  seseorang  guru itu  mudah menjadi  ikutan  pada pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling  dekat dengan para pelajar.